Skip to Main Content
  • Bersijil Halal & Diluluskan Vegan

  • 0 • $0 MYR
Laman UtamaTentang KamiProdukPembekalBlogSoalan Lazim
Tujuh Keajaiban Buah Kurma Kering | All Kurma Malaysia
  • 0
  • Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Produk
    • Kurma Kering
      • Date Crown
      • Siafa
      • Sunfruit
    • Buah Kering
      • Dried Apricots
      • Dried Cranberries
      • Dried Raisins
      • Dried Figs
      • Pitted Prunes
    • Kacang Bakar
      • Pistachios
      • Walnuts
    • Makanan Superfood
      • Chia Seeds
      • Quinoa
  • Pembekal
  • Blog
  • Soalan Lazim
Access Denied
IMPORTANT! If you’re a store owner, please make sure you have Customer accounts enabled in your Store Admin, as you have customer based locks set up with EasyLockdown app. Enable Customer Accounts
Utama Health & Wellness Tujuh Keajaiban Buah Kurma Kering

Tujuh Keajaiban Buah Kurma Kering

Buah kurma telah dimakan sejak berkurun-kurun lamanya; faedahnya menjadikan kurma antara makanan yang paling digemari sejak zaman silam lagi. Dalam edisi blog All Kurma ini, kami akan menceritakan tujuh keajaiban Buah Kurma yang menjadikannya sesuai dimakan setiap hari.

1. Kurma Penuh Khasiat

Kandungan kalori kurma meningkat setelah dikeringkan; ini disebabkan kandungan karbohidratnya. Dalam buah kurma kering, vitamin dan zat galian memberikan manfaat yang sangat tinggi.

Contohnya, setiap hidangan 100g kurma mengandungi nutrisi yang diperlukan tubuh mengikut kadar Pengambilan Harian Disyorkan:

  • Kalori: 277
  • Karbohidrat: 75 g
  • Protein: 2 g
  • Potassium: 20%
  • Magnesium: 14%
  • Kuprum: 18%
  • Mangan: 15%
  • Vitamin B6:  12%

Kandungan vitamin dan zat galian yang padat dalam buah kurma menjadikannya sesuai ditambah ke dalam makanan seharian

2. Kaya dengan Antioksidan

Saintis percaya bahawa antioksidan dapat menghalang atau merawat rosakan akibat pengoksidaan yang berlaku semasa fungsi sel biasa. Kandungan antioksidan dalam buah kurma juga mampu mengurangkan risiko kesihatan dan mencegah penyakit.

Jenis antioksidan dalam kurma:

  • Flavonoid: Antioksidan mujarab yang mampu mengurangkan keradangan serta mengurangkan risiko diabetes, penyakit Alzheimer dan jenis kanser yang tertentur.
  • Karotenoid: Dibuktikan mampu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah penglihatan.
  • Asid fenolik: Terkenal dengan sifat anti-keradangannya, asid fenolik mampu mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Dibandingkan buah-buahan yang lain seperti buah fig dan kismis, buah kurma mempunyai kandungan antioksidan yang paling tinggi. Separuh cawan kurma mempunyai bilangan antioksidan 3,467 berbanding buah fig (2,537) dan kismis (2,490).

3. Kandungan Serat

Serat merupakan antara zat yang terpenting untuk tubuh. Dalam keadaan seharian, serat membantu system pencernaan badan; ia membantu dalam proses fungsi usus dan boleh mencegah sembelit.

Hidangan 100g kurma mengandungi hampir 7g serat. Kandungan serat dalam kurma juga mampu mengawal paras gula darah. Serat juga memperlambatkan proses pencernaan dan mencegah kadar gula darah yang tinggi selepas makan.

4. Baik untuk Otak

Pemakanan kurma boleh mempertingkatkan fungsi otak. Kajian makmal mendapati bahawa buah kurma dapat mengurangkan paras penanda keradangan dalam otak seperti interleukin 6 (IL-6). Paras IL-6 yang tinggi dikaitkan dengan risiko tinggi penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer.

Penyakit Alzheimer terjadi apabila gumpalan plak yang terbentuk di dalam otak menjejaskan proses komunikasi antara sel, dan akhirnya membawa kepada kematian sel-sel otak.

Kajian yang dijalankan membukti bahawa buah kurma mampu mempertingkatkan fungsi otak dan memperbaiki kerosakan otak. Buah kurma kaya dengan fenolik dan antioksidan semulajadi seperti antosianin, asam ferulik, asid protocatechuic dan asid kafeik.

5. Pemanis Semulajadi

Kemanisan buah kurma disebabkan kandungan fruktos yang tinggi; fruktos merupakan gula buah-buahan semulajadi. Rasa manis buah kurma mirip manisan karamel dan ia kerap digunakan sebagai pengganti gula dalam minuman dan pelbagai masakan kulinari.

Pes kurma merupakan pengganti terbaik untuk gula putih. Ia dihasilkan dengan mengisar buah kurma bercampur air di dalam blender. Gantikan gula putih dengan pes kurma mengikut kadar 1:1.

Buah kurma mempunyai kadar Glisemik Rendah walaupun mempunyai rasa yang manis; dan gula dalam buah kurma dilepaskan secara perlahan dalam badan, tanpa menaikkan paras gula darah dengan cepat.

6. Kurma yang serba boleh

Buah kurma bersifat serba boleh dan boleh dijadikan snek yang enak. Ia boleh dihidang dengan makanan yang lain seperti kacang badam, mentega kacang ataupun keju lembut.

Kelekitannya menjadikannya sesuai digunakan dalam pembakaran kek dan biskut. Anda boleh mencampurkan buah kurma dengan kekacang dan bijian untuk menghasilkan snack bar ataupun bebola tenaga. Ia sesuai ditambah ke dalam kuah salad dan perapan, atau digaulkan bersama smoothie dan oatmeal.

Penting diingatkan bahawa buah kurma mengandungi kandungan kalori yang tinggi, dan rasa manis yang menjadikannya senang terlebih makan. Oleh itu, ia perlu makan secara sederhana.

7. Kurma Sebagai Makanan Superfood

Buah kurma juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan yang belum lagi dikaji secara meluas.

Kesihatan tulang: Kurma mengandungi zat galian seperti fosforus, potassium, kalsium dan magnesium. Zat-zat ini pernah dikaji kerana mempunyai kebolehan mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

Pengawalan paras gula darah: Kurma mampu mengawal paras gula darah kerana mempunyai indeks glisemik rendah, serta mengandungi serat dan antioksidan. Oleh itu, pemakanannya mampu membantu dalam pengawalan penyakit diabetes.

Tetapi, jangan lupa menjamah buah kurma secara sederhana.

Nikmatilah buah kurma premium daripada All Kurma; terdapat pelbagai pilihan buah kurma untuk kehidupan yang lebih sihat dan baik. Klik di sini untuk mencuba: ALL KURMA MALAYSIA


Source:

https://www.webmd.com/diet/features/antioxidants-in-fruits#3
https://www.webmd.com/diet/features/antioxidants-in-fruits#1 
https://www.intechopen.com/books/antioxidants/antioxidants-in-date-fruits-and-the-extent-of-the-variability-of-the-total-phenolic-content-review-a 
https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-dates
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4484046/ 
https://tribuneonlineng.com/dates-natures-brain-food-ensure-good-memory/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2841576/
Berikutnya Kebaikan Buah Kurma Medjool Jericho
Artikel terkini
Kebaikan Buah Kurma Medjool Jericho
Menghilangkan 5 Mitos Tentang Buah Kurma
Kebaikan Buah Kurma untuk Penderma Darah

Invalid password
Enter

OUR MAIN BRANDS

Date Crown Malaysia, All Kurma Malaysia
Kurma Masafii Malaysia, All Kurma Malaysia
Kurma SunFruit, All Kurma Malaysia
Kurma Siafa, All Kurma Malaysia
Jericho 7
Download 1

Shop All

Shop All
  • Kurma Kering
  • Buah-buahan kering
  • Kacang Bakar
  • Superfoods

Company

Footer 1
  • Hubungi Kami
  • Pembekal
  • Fufillment & Shipping
  • Refunds & Exchanges
  • Terms of Service

All Kurma Malaysia © 2022

Dikuasakan oleh Shopify

  • PayPal