Skip to Main Content
  • Bersijil Halal & Diluluskan Vegan

  • 0 • $0 MYR
Laman UtamaTentang KamiProdukPembekalBlogSoalan Lazim
Kebaikan Buah Kurma Medjool Jericho | All Kurma Malaysia
  • 0
  • Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Produk
    • Kurma Kering
      • Date Crown
      • Siafa
      • Sunfruit
    • Buah Kering
      • Dried Apricots
      • Dried Cranberries
      • Dried Raisins
      • Dried Figs
      • Pitted Prunes
    • Kacang Bakar
      • Pistachios
      • Walnuts
    • Makanan Superfood
      • Chia Seeds
      • Quinoa
  • Pembekal
  • Blog
  • Soalan Lazim
Access Denied
IMPORTANT! If you’re a store owner, please make sure you have Customer accounts enabled in your Store Admin, as you have customer based locks set up with EasyLockdown app. Enable Customer Accounts
Utama Health & Wellness Kebaikan Buah Kurma Medjool Jericho

Kebaikan Buah Kurma Medjool Jericho

Ramai sedar bahawa pengambilan buah-buahan mendatangkan pelbagai faedah kesihatan, oleh itu apabila sesuatu dikatakan sebagai “buah-buahan mujarab alam semuajadi” – contohnya buah kurma Medjool – ia pasti benar.

Buah-buahan manis hasil pokok kurma ini merupakan pemanis semulajadi dan pengganti gula yang sesuai, tetapi ia lebih dari kelebihan yang enak kepada diet anda. Penuh dengan vitamin, zat galian dan serat, buah kurma ini menawarkan pelbagai kebaikan.

Apa sebenarnya buah kurma Medjool, dan apa yang menjadikannya begitu bermanfaat?

all kurma malaysia, jericho medjool kurma

Penuh dengan kebaikan

Sekiranya anda terasa seperti keletihan pada waktu tengah hari, cuba mengambil buah kurma Medjool. Satu sajian buah kurma (lebih kurang 3.5 auns) mengandungi sebanyak 300 kalori. Anda tentu menerima tenaga berlebihan setelah glukosa dan fruktosa yang terkandung dalam buah kurma diserap oleh tubuh badan. 

Antioksidan – Buah kurma Medjool penuh dengan antioksidan, dan melindungi sel-sel dari radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang mampu menyebabkan penyakit. Buah kurma kaya dengan tiga jenis antioksidan – flavonoid, karotenoid dan asid fenolik.

Serat – Serat membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman badan, menghalang sembelit, serta menggalakkan pergerakan usus dengan membantu pembentukan najis. Diet yang kaya dengan serat juga mempunyai manfaat tambahan seperti membantu menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah.

Potassium – Potassium membantu menurunkan tekanan darah, menghalang kehilangan otot, mengekalkan ketumpatan tulang dan mengurangkan pembentukan batu karang.

Vitamin dan zat galian tambahan – Satu sajian buah kurma mampu mengandungi sehingga 14% keperluan harian protein yang disyorkan, serta 18% kuprum, 15% mangan, 5% zat besi dan 12% vitamin B6.

jericho medjoul, all kurma malaysia, kurma dates

Buah kurma Jericho

Buah kurma Medjool mempunyai kulit berwarna perang tua dengan perisa seperti karamel. Anda mungkin melihat buah kurma Medjool dipanggil dengan nama “large”, “jumbo” atau “super”, disebabkan jumlah panjang buah kurma tersebut, serta ukur lilitnya. 

Buah kurma Medjool mempunyai tekstur yang pejal dan berkedut, tetapi setelah anda mencubanya, anda akan mendapati bahawa ia lembab dan berisi. Ia boleh disimpan sehingga tiga bulan pada suhu bilik, dan selama dua tahun jika disejukkan.

Jericho Dates melambangkan kualiti dan merupakan salah satu jenama buah kurma Medjool di bawah Nakheel Palestine, syarikat terkenal dan perintis dalam penanaman, pembungkusan dan pengeksportan buah kurma Medjool Palestin yang terunggul.

Buah kurma Jerichho Medjool ditanam, dipetik dan dibungkus di Palestin. Ia merupakan sebahagian program khas di Lembah Jordan, yang bertujuan membantu para petani serta pembangunan industri pertanian di wilayah Palestin.

Sebagai salah satu pengedar buah kurma premium yang terkenal di kawasan Asia Tenggara, All Kurma menjual dua jenis Jericho Dates – Large dan Jumbo – mengikut berat 250 gram, 500 gram, 1kg dan 5kg.

Enak dan berkhasiat

Apabila anda menikmati buah kurma jenama Jericho Dates, anda pasti terpikat. Saiznya lebih besar dari jenis buah kurma yang lain (panjang buah kurma saiz Large antara dua hingga tiga inci). Kulitnya kering dan tidak keras, dan anda mungkin melihat gula semulajadi yang dikristalkan pada permukaannya.

Biji di tengah buah kurma kecil berbanding saiz keseluruhan buah tersebut, dan isinya yang berkrim berpisah dengan mudah apabila digigit. Dari segi rasa, kemanisannya yang semulajadi adalah lembut dan tidak terlalu lebih.

Disebabkan saiznya yang besar, anda hanya perlu mengambil dua atau tiga biji buah kurma jenama Jericho Dates untuk mendapatkan keperluan khasiat harian anda secukupnya berbanding jenis buah kurma yang lain.

Selain dimakan begitu sahaja, buah kurma Jericho sesuai sebagai pengganti gula yang boleh ditambah kepada masakan atau kek dan biskut. Anda juga boleh menambahkannya kepada smoothie atau pemanis mulut, ataupun gantikan biji buah kurma dengan kekacang, bijirin, mentega kacang atau coklat untuk menghasilkan snek yang berkhasiat.

Apa yang ditunggu lagi? Cubalah sendiri kelazatan Jericho Dates apabila anda klik di sini, atau dengan melawat E-Store kami.


Sources:

https://draxe.com/nutrition/medjool-dates/
https://blog.joolies.com/benefits-of-medjool-dates
https://fruitsandveggies.org/stories/top-10-reasons-enjoy-medjool-dates/
https://www.healthline.com/nutrition/medjool-dates
https://nakheelpal.com/en/pages/faq/12
https://smallfarmers.trade/jericho-dates-farms
Terdahulu Tujuh Keajaiban Buah Kurma Kering
Berikutnya Menghilangkan 5 Mitos Tentang Buah Kurma
Artikel terkini
Tujuh Keajaiban Buah Kurma Kering
Menghilangkan 5 Mitos Tentang Buah Kurma
Kebaikan Buah Kurma untuk Penderma Darah

Invalid password
Enter

OUR MAIN BRANDS

Date Crown Malaysia, All Kurma Malaysia
Kurma Masafii Malaysia, All Kurma Malaysia
Kurma SunFruit, All Kurma Malaysia
Kurma Siafa, All Kurma Malaysia
Jericho 7
Download 1

Shop All

Shop All
  • Kurma Kering
  • Buah-buahan kering
  • Kacang Bakar
  • Superfoods

Company

Footer 1
  • Hubungi Kami
  • Pembekal
  • Fufillment & Shipping
  • Refunds & Exchanges
  • Terms of Service

All Kurma Malaysia © 2022

Dikuasakan oleh Shopify

  • PayPal